Buatlah air sirap yang paling enak daripada limau nipis yang paling masam

on Ahad, 24 April 2011




Sering kali saya melihat pelajar-pelajar gagal dalam satu
ujian yang di hadapinya lalu ia bangkit dan akhirnya ia jatuh lagi...dan
akhirnya ada yang jatuh namun tidak lagi mampu untuk bangkit berjuang.
Biasannya pelajar yang bermasalah itu sering melakukan perkara yang sama dan ia
akan berterusan, setelah membuat perjanjian kepada pihak sekolah untuk tidak
buat lagi tetapi apabila ada peluang dia akan mengulag lagi masalah tersebut
sehinggalah pihak sekolah naik bosan melihat pelajar seperti ini.



Saya teringat pula salah satu tulisan Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Alqarni yang bertajuk ” buatlah minuman yang paling sedap daripada
limau nipis yang paling masam”
. Dalam karangan ini berliau memberitahu
bahawa ramai ulama dan penulis islam yang di uji Allah SWT dengan ujian yang
pahit dan berat. Tatapi mereka menjadikan ujian itu sebagai penguat semangat,
mereka memperbanyakkan muhasabah diri dan berusaha untuk merubah masa depan
dengan merubah paradigma mereka di mana akhirnya mereka bangkit sebagai
orang-orang yang berjaya dan menjadi ikutan kepada orang lain.



Dalam surah al baqarah ayat 216 ada menyatakan “ dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
pada hal ia baik untuk kamu
”.



Pelajar-pelajar yang
saya kasihi...



Manusia ini di ciptakan Allah bersama sifat lupa..tatapi
Allah tidak pernah lupa untuk membekalkan hambanya sifat bijak dan pandai bagi
melengkapkan dirinya dalam mengharungi kehidupan ini. Allah mengangkat martabat
nabi Adam As kerana ilmunya dan dengan kerlupaanya juga allah mencampakkan Adam
AS kebumi... Tatapi dengan kebijaksanaan nabi Adam juga lantas ia bertaubat dan
akhirnya Allah menerima taubatnya..



Seorang pelajar yang terjatuh dalam lubang yang dia sendiri
tidak menyedari akan kewujudannya akan dapat mengingat lubang itu....dengan
harapan, suatu hari nanti apabila dia melalui jalan itu ia tidak akan terjatuh
lagi ke lubang tersebut....



Remaja ini mempunyai sifat dan semangat ingin tahu yang
tinggi. Kadang-kadang apa yang di cubanya itu sesuatu yang tidak betul lantaran
ilmunya yang kurang mantap atau lantaran keterlupaannya. Maka kembalilah kepada
allah dan bertaubatlah serta perbanyakkan lah zikir mudah-mudahan Allah swt
akan mengampuni kita dan di bukakan pintu rahmat-Nya untuk kita melihat jalan
yang lebih baik daripada jalan-jalan yang pernah kita lalui...

wallahu a'lam



Cara meningkatkan kemampuan pelajar.

on Khamis, 20 Januari 2011



Kita sering mendengar keluhan pelajar-pelajar, ada yang mengatakan mereka tidak mampu mengigat fakta, ada yang sering gagal dalam peperiksaan, dan ramai juga yang menghadapi masalah disiplin. Di sekolah pula banyak pendekatan yang buat seperti program motivasi, teknik menjawab soalan dam sebagainya...


Persoalannya adakah ini dapat menyelesaikan masalah dalam rangka meningkatkan kemampuan dan kebolehan pelajar?


jika kita amati, dan selidiki pada awal kelahiran seorang bayi... apalah kemampuan seorang bayi itu....melihat, mendengar, bertutur, berfikir pun tidak mampu. Sekalipun mengurus dirinya..... darimanakah kemampuan itu datang dan adakah ia terjadi dengan sendirinya atau ada yang mengaturnya...



jika kita amati pula jenazah yang terbujur kaku, apalah kemampuannya...mampukah dia melihat,mendengar,bertutur atau berfikir?....kemana semua kemampuan yang pernah di miliki oleh nya sebelum ini?...


seakan-akan ada persamaan diantara kedua-duanya. Iaitu kemampuan dan kebolehan yang di miliki adalah bukan milik manusia tetapi milik mutlak allah dan kita sebagai hamba hanya di pinjamkan sementara.


Jadi jika kita melihat permasalah pelajar tiada jalan lain dalam mengatasi masalah ini melainkan kembali ke jalan allah.


Menurut Ibn al-Qayyim:



"Tiada harapan lagi untuk diubati penyakit-penyakit itu kecuali hanya rahmat Allah SWT ke atas mereka sahaja."


Dengan menganjurkan pelajar-pelajar kembali mendekati dan menyahut seruan ilahi maka ia akan menjuruskan dan memusatkan semua kekuatannya kepada jalan kejayaan. Islam menganjurkan umatnya untuk melakukan dua perkara dalam rangka berubudiah kepada allah iaitu melaksanakan apa yang di perintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Dalam melihat permasalah pelajar ini, dan dalam meningkatkan kemampuan dan keupayaan pelajar kita kena mengajak mereka meninggalkan perkara yang dilarang. Punca permasalahan pelajar dalah kerana mereka terlalu seronok dalam melakukan kemungkaran. Kemungkaran-kemungkaran yang mereka lakukan itu mengundang dosa-dosa yang mengelapkan hati dan akhirnya menutupi jalan-jalan kejayaan.


Abdullah bin Mubarak berkata:



"Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Men­inggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."


Kesannya mereka tidaak nampak jalan kejayaan dan bagi pelajar dosa dan pahala tiada bezannya. Keadaan ini menyebabkan pelajar menjadi bingung apabila di tangkap atau dimarahi guru dan akhirnya mengaggu perasaan dan mengundang keresahan dan tekanan jiwa.


Thabit bin Qurrah berkata:



"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."



Dengan pelajar pelajar melaksanakan perintah allah maka pintu rahmat akan terbuka..jalan-jalan kejayaan akan terbentang luas....bagi pelajar-pelajar yang menjaga solatnya sudah tentu di sering memohan kepada allah untuk di tunjukkan jalan yang lurus seperti yang terdapat dalam surah alfatihah. Pelajar yang kembali kejalan allah akan sering berzikir dan beristigfar bukankah dengan beristigfar dan berberzikir akan menenangkan hati.



Yaitu orang-orang yang beriman maka hati mereka menjadi tenteram dengan


mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi


tenteram..(QS. Ar Radu : 28)



Firman Allah s.w.t




Terjemahannya:-



Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung “ (Surah Ali ‘Imran: 104)


Wallahu a’lam.






DAJJAL = ILLUMINATI?

on Rabu, 19 Januari 2011

Apa Itu Illuminati?



Illuminati ialah sebuah organisasi yg dianggotai oleh beberapa golongan yg bijak-pandai tapi jahat atau licik, dari pelbagai negara. organisasi imemperkenalkan NEW WORLD ORDER (NWO) dimana cita-cita mereka adalah untuk menjadi sebuah kerajaan dunia yg memerintah dan mengawal segala kejadian di muka bumi ini termasuklah ekonomi, politik dan sebagainya(infact, memang diorang telah berjaya mencapai cita-cita tersebut). Organisasi ini dikepalai oleh orang-orang ekstrimis yahudi yg kononnya bijak-pandai (padahal mmg pandai pon) yg dari dulu nak balas dendam terhadap orang-orang islam.

http://www.youtube.com/watch?v=m89SB59DT34atch?v=m89SB59DT34

Apa Yang Mereka Dah Buat?

setelah kajian demi kajian telah dibuat oleh berbagai pihak termasuk orang amerika sendiri, kejadian 11 september dimana runtuhnya WTC adalah dirancang oleh mereka dan kemudiannya menyalahkan orang-orang islam yg dianggap ekstrimis. Buktinya boleh dilihat di;
http://www.youtube.com/watch?v=wbCcb6NV8Io&feature=related%20
http://www.youtube.com/watch?v=BmP2Vy8K0i0&feature=related
p/s: cari sendiri la lg klu x puas hati

itu baru satu je contoh perbuatan dorang, klu nak ikutkan byk, sampai mampos pon tak abis nak cite....(malas nak guna ayat skema dah, gua bkn org jenis pandai wat karangan...sorry..)
dalam sedar x sedar...dorang juga telah mengawal ekonomi seluruh negara, buktinya matawang amerika.
http://www.youtube.com/watch?v=7MCoF6W5WkQ&feature=PlayList&p=1B762F9FE6E7EB5F&playnext=1&index=39
segala kekayaan yang mereka perolehi adalah dari kita sendiri, dimana banyak wang telah dibelanjakan secara tidak sedar ke produk-produk buatan mereka seperti;


p/s: skrg baru la gua tau kenapa org sibuk2 suruh boikot

Apa Itu Dajjal?




bagi muslimin dan muslimat mesti dah tau apa itu dajjal kan? mesti ustaz, ustazah, atuk, nenek , ayah atau mak korang ada cite pasal dajjal kan? ok...skg ni terdapat dua teori tentang dajjal;


teori 1; dajjal adalah satu bentuk ideologi

teori ini mengatakan bahawa dajjal itu telah wujud sekarang dimana semua ciri-ciri yg disebut dlm Al-Quran serupa dengan ciri-ciri yg kita nampak tapi tak perasan. contohnya;

  • dajjal bermata satu, benda ni kita blh rujuk pada lambang 'the all seeing eye' yg terdapat pada dollar america,


  • dajjal boleh menyebarkan maklumat sepantas kilat, itu adalah internet
  • dajjal boleh bergerak seperti angin=jet pejuang
  • dajjal boleh membelah gunung-ganang, itu boleh dikaitkan dgn bom atom, bom nuklear dan macam2 jenis bom lah.
  • segala pembohongan dajjal akan dipercayai semua orang, kes ni boleh dikaitkan dengan tragedi 11 september...ramai kena tipu termasuk gua.
  • apabila bertemu dajjal, maka orang islam tidak mengaku islam. situasi ini boleh terjadi, sbg contoh cuba anda meletakkan diri anda dalam situasi dimana negara kita sedang berperang dgn israel. kemudian tentera israel ingin membunuh orang islam sahaja, tiba-tiba sebuah senapang dihalakan tepat dikepala anda dan tentera itu bertanya; are you muslim? apakah jawapan anda? sekiranya iman dan amalan anda kuat dan mencukupi memang mudah untuk menjawab soalan tersebut. bayangkan mereka yang kurang iman seperti mat rempit-mat rempit, apakah jawapan mereka? mungkin mereka sanggup tidak mengaku islam sedangkan sekarang pun mereka telah banyak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada murtad.

itu lah sedikit sebanyak contoh yg mampu gua beri..hasil dari bacaan sebuah article dan beberapa perbincangan dengan ustaz dan ustazah gua dulu. untuk lebih detail blh tgk ni;

http://www.youtube.com/watch?v=le_ySMrOkFU&feature=PlayList&p=07774CD42935A66D&index=0&playnext=1



teori 2; dajjal adalah satu individu atau manusia berjasad


teori ini merupakan teori yang ramai orang percaya hasil pemahaman secara kasar dimana dajjal akan muncul di akhir zaman seperti rasaksa bermata satu yg bergerak seperti angin, boleh potong gunung, dan sebagainya.

Conclusion;

secara keseluruhannya bukanlah saya nak mengatakan mana-mana teori identiti dajjal itu adalah betul, cuma saya ingin membuka minda para pembaca supaya berfikir dari sudut yang lain dan saling ingat-mengingati atau berpesan-pesan antara satu sama-lain. secara jujurnya saya sendiri tidak pasti bagaimana rupa bentuk dajjal itu.

artikel yang mengatakan dajjal adalah satu ideologi itu sendiri telah menyatakan ketidakpastiannya terhadap teori tersebut, tetapi apa yg penting adalah lebih baik kita menganggap bahawa dajjal itu telah pun wujud dikalangan kita kerana dajjal tidak akan mengaku bahawa dirinya itu dajjal. sekiranya ia mengaku dirinya dajjal, senanglah kita untuk membuat persediaan dan bertaubat. maka, eloklah kita membuat persediaan lebih awal...sesungguhnya petanda-petanda akhir zaman seperti yang dijelaskan didalam Al-Quran telah banyak dan boleh dilihat dengan jelas cuma kita yg tidak menyedarinya.

anda boleh melawat blog;

http://dajjal.wordpress.com/2008/11/04/adab-memahami-permasalahan-dajjal/

utk mengetahui adab2 membincangkan tentang dajjal dan mendalami segala yg dibincangkan didalamnya.
sekiranya ada masa terluang dan terbuka hati carilah maklumat-maklumat seumpanya dan bolehlah dikongsi bersama.

akhir kata; saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan.
sekian, wassalam...

Kewajipan Menunaikan Solat

SESUNGGUHNYA solat yang dilakukan setiap Muslim lima kali sehari semalam bukan sahaja kewajipan yang mesti dilaksanakan, tetapi tujuan solat itu sebenarnya selain berkomunikasi dengan Allah dan menunjukkan kepatuhan terhadap-Nya, juga untuk membentuk dan mendidik manusia menjadi insan salih.

Namun, hal itu boleh berlaku jika solat itu dilaksanakan dengan sempurna dalam erti kata sebenar. Sebab itu, kadang-kadang kita hairan kenapa ramai orang menunaikan solat, tetapi masih melakukan perkara dosa dan tidak menjauhi larangan Allah. Sudah tentu ada sesuatu tidak kena dengan solatnya iaitu sama ada tidak khusyuk ketika melakukannya, manakala rukun dan gerakan solat tidak sempurna. Kalau tidak, masakan Rasulullah menyuruh orang yang sudah melakukan solat supaya mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat, orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma’ninahnya (tertib).

Rasulullah (SAW) bersabda bermaksud:

“Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruk pencuri?” Sahabat bertanya: “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Orang yang mencuri dari solatnya.” Sahabat bertanya: “Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya?” Sabda Baginda: “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

Solat bernilai di sisi Allah ialah solat yang ada pengaruhnya dalam kehidupan yang dapat membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Solat itu dapat menghindar daripada berlaku pelbagai perkara mungkar dan mengikis sifat mazmumah atau keji, sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“Dan dirikan solat, sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut: 45).

Solat tidak cukup untuk menghalang perbuatan keji walaupun memenuhi ketentuan sebenarnya jika di luar solat seseorang itu tidak menjaga dirinya daripada hal negatif. Solat yang sempurna dan bernilai hikmahnya terpancar dalam kehidupan seharian.

Apabila solat itu mempengaruhi kehidupan seharian bermakna pelaku solat berkenaan berjaya mendirikan solat bermutu, sesuai dengan ajaran Rasulullah (SAW).

Seseorang itu dikatakan benar-benar solat apabila lengkap dan terlaksana gerak badan serta gerak jiwa (dijiwai dan dihayati solat itu). Dengan sepenuh jiwa dia mengabdikan diri terhadap Allah dan bermunajat kepada-Nya. Ketika solat, ingatannya kepada Allah semata-mata. Inilah dimaksudkan firman Allah:

“Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Aku (Allah).” (Surah Taha: 14).

Untuk mencapai kesempurnaan solat yang dapat membentuk peribadi mulia, tentunya memerlukan ilmu. Oleh itu, setiap Muslim perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan keagamaan, kerana walau apapun menuntut ilmu adalah kewajipan kepada setiap individu Muslim.

Bagaimana wuduk dapat membantu meningkatkan ingatan pelajar.

on Selasa, 5 Oktober 2010


Ramai pelajar-pelajar mengadu bahawa mereka sukar untuk menghafal dan merasa susah dalam belajar matapelajaran yang memerlukan ingatan seperti sejarah, biologi, geografi ,pendidikan islam dan sebagainya. Apabila kita teliti, masalah utama ialah lupa ataupun was-was. Jadi dimanakah pokok permasalahan ini?
Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah hati yang kotor. Dengan kata lain terlalu banyak terdedah dengan perkara perkara maksiat, Samada sengaja atau tak sengaja. Dosa-dosa ini ibarat kekotoran yang melekat pada hati. Sekiranya hati ini tidak di basuhmaka lama-kelamaan ia akan bertambah hitam dan menutup semua kebaikan sehinggan kebaikan tiada bezannya dengan kejahatan dan kebatilan. Dalam kesempatan ini saya tidak akan membincangkan cara-cara menbasuh hati tetapi saya akan hanya membincangkan kesan wudhu terhadap dosa-dasa kecil yang mana mungkin menjadi faktor hati menjadi gelap. Ilmu adalah sesuatu yang bersih dan putih manakala dosa sesuatu yang kotor dan hitam. Oleh itu, ilmu dan dosa sekiranya ia bergabung ia tidak akan memberikan kesan yang baik atau mulia kepada tuannya. Umpamanya kopi yang hitam yang bercampur dengan tahi cicak dapatkah kita membezakannya sekiranya ia bercampur?
Sabda Rasulullah SAW:
“Manakala orang muslim berwudhu lalu dia berkumur keluarlah dosa dari mulutnya jika dia menghisap air dengan hidung maka keluarlah dosa dari hidungnya, jika ia membasuh muka kelaurlah dosa dari mukanya dan keluar dari kelopak matanya, manakala ia membasuh kedua tangannya maka keluarlah dosa dari kedua tangannya hingga dari bawah kuku-kukunya, manakala ia mengusap kepalanya dan manakala ia mebasuh kedua kakinya maka keluarlah dosanya dari kedua kakinya serta di bawah kuku kakinya. Kemudian mendapat pahala berjalan kemasjid dan solah sunnat” .
Begitulah kesan wudhu kepada tuannya, cubalah bayangkan sekiranya kita berwudhu sekurang-kurangnya 5 kali sehari maka dosa-dosa akan keluar dan mengalir mengikut titisan-titisan air wudhu. Umpamanya orang yang mandi sekurang-kurangnya 5 kali sehari maka tiada lagi kekotoran yang melekat padanya. Begitu juga kesan wudhu kepada tuannya.
Allah SWT berkata kepada Musa as :
“Wahai Musa, jika engkau takut kepada penguasa maka berwudhulah dan perintahkanlah keluargamu agar berwudhu. Barang siapa berwudhu maka ia dalam penjagaan-Ku”
Begitulah janji Allah kepada manusia agar sentiasa berwudhu. Sekirannya para pelajar takut kepada gagal dalam peperiksaan maka berwudhulah dan kemudian berdoa untuk meminta allah mempermudahkan ilmu yang kita pelajari agar muda di fahami. Insyaalah akan jauh daripada gagal dalam peperiksaan. Wallahu a’lam...

9 Faktor-Faktor Yang Menbawa kepada Penyakit Lupa

on Rabu, 18 November 2009


1. melihat perkara-perkara yang haram.
2. Melancap.
3. Membuang air semasa memberus gigi.
4. Tidak membaca Al-quran.
5. Meminum atau memakan makan yang bercampur dengan semut.
6. Mengumpat dan Mengata.
7. Asyik bercinta-cinta (bukan cara islam).
8. Terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan.
9. Sentiasa dalam keadaan keluh kesah.

Bagaimana Nak Jadi Bijaksana

on Khamis, 12 November 2009

Bagaimana nak menjadi manusia bijak.
Satu ketika dulu aku diberitahu oleh sahabatku bahawa orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang paling bijak. Orang yang mengingati mati tentu akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal soleh untuk menghadap Sang Pencipta selagi masih hidup. Kita tidak tahu bila, di mana, dan bagaimana cara kita meninggalkan dunia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku tertarik dengan perkataan bijaksana yang sering diguna pakai dalam penulisan, ucapan-ucapan, dan perbualan harian manusia dihari ini. Aku terfikir, kenapakah kita mengelar orang yang bijak dengan perkataan bijaksana, kenapa tidak digelar sahaja dengan panggilan bijaksini, em.. memang tak sedap bunyinya jika dipanggil dengan gelaran "bijaksini". Tak mengapalah, sebenarnya yang menarik perhatianku ialah tujuan dan maksud tersirat penggunaan perkataan bijaksana itu.
Aku terfikir... mengapakah orang tua-tua dahulu meletakkan tambahan perkataan "sana" sebagai perkataan penuh bagi bijaksana.
BIJAK + SANA
Aku ada seorang adik, dia seorang yang keras pendirian, seorang yang suka menuntut ilmu, khususnya ilmu Agama. Sebelum ini, hubunganku dengan adikku tidak semesra sekarang, boleh dikatakan agak dingin, mempunyai cara hidup yang berbeza, walaupun tinggal sebumbung tetapi jarang bersua muka. Hal ini terjadi kerana tabiat hidupku sebelum ini yang suka menghabiskan masa menonton filem, bermain video game, adakalanya sampai tak tidur malam melayan permainan video. Dan adikku pula... biasala, orang muda yang selalu keluar hingga lewat malam.
Alhamdulillah, sekarang ini semua itu dah berubah, adikku yang dahulunya seorang yang boleh dikatakan budak liar, kini menjadi teman rapatku (boleh dikatakanla) dan juga menjadi penasihat kepada diriku khususnya dalam mendidik jiwaku dalam perjalanan hidup yang singkat ini menuju ke arah kematian, melenyapkan ketuanan diri dan menyerahkan hak kepada yang Berhak.
Berbalik kepada perkataan bijaksana. "sana" didalam perkataan bijaksana itu merujuk kepada arah dan matlamat hidup kita, dan arah yang dimaksudkan disini ialah hidup sesudah mati. em.. mungkin sebab itu orang tua-tua sebelum kita menyebut dengan perkataan bijaksana, bukannya bijaksini, iaitu bijak yang sebenar adalah sentiasa memandang dan bersedia untuk menghadapi kehidupan dimasa yang akan datang, khususnya kehidupan setelah mati.
em.. bagusnya fikiran yang lalu pada orang tua-tua dahulu.
Fikiran sentiasa mengingati kematian ini sebenarnya memberi kekuatan kepada manusia untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan, menghargai masa yang singkat yang dilalukan oleh Tuhan kepada kita. Jika di pandang dari sudut yang positif maka kita akan mendapat banyak manafaat daripada perkara ini, jiwa kita menjadi lebih tenang, fokus kita lebih tajam, keinginan untuk melakukan kejahatan akan lenyap. Dan pada masa itu jiwa kita yang lesu akan bangkit dan bertenaga, apabila jiwa menjadi kuat maka perjalanan hidup yang berliku akan mudah kita hadapi. Keinginan untuk menuntut ilmu juga menjadi semakin kuat, sifat diri yang sebelum ini malas akan bertukar menjadi rajin, setiap pekerjaan yang dilakukan akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana keinginan untuk melakukan yang terbaik itu telah menjadi satu keutamaan.
Kematian itu adalah pasti, janganlah kita kecewa dengan hidup dan mengharapkan cepatnya kematian. Sebaliknya manafaatkanlah umur ini dengan sebaiknya sebagai bekal menghadapi kematian.
Oleh itu, jika anda mahu menjadi seorang yang bijak, maka jadilah orang yang bijaksana, bukan bijaksini. Kerana bijaksana itu sentiasa memandang jauh kehadapan.
Wallahua'lam.