Ramai pelajar-pelajar mengadu bahawa mereka sukar untuk menghafal dan merasa susah dalam belajar matapelajaran yang memerlukan ingatan seperti sejarah, biologi, geografi ,pendidikan islam dan sebagainya. Apabila kita teliti, masalah utama ialah lupa ataupun was-was. Jadi dimanakah pokok permasalahan ini?
Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah hati yang kotor. Dengan kata lain terlalu banyak terdedah dengan perkara perkara maksiat, Samada sengaja atau tak sengaja. Dosa-dosa ini ibarat kekotoran yang melekat pada hati. Sekiranya hati ini tidak di basuhmaka lama-kelamaan ia akan bertambah hitam dan menutup semua kebaikan sehinggan kebaikan tiada bezannya dengan kejahatan dan kebatilan. Dalam kesempatan ini saya tidak akan membincangkan cara-cara menbasuh hati tetapi saya akan hanya membincangkan kesan wudhu terhadap dosa-dasa kecil yang mana mungkin menjadi faktor hati menjadi gelap. Ilmu adalah sesuatu yang bersih dan putih manakala dosa sesuatu yang kotor dan hitam. Oleh itu, ilmu dan dosa sekiranya ia bergabung ia tidak akan memberikan kesan yang baik atau mulia kepada tuannya. Umpamanya kopi yang hitam yang bercampur dengan tahi cicak dapatkah kita membezakannya sekiranya ia bercampur?
Sabda Rasulullah SAW:
“Manakala orang muslim berwudhu lalu dia berkumur keluarlah dosa dari mulutnya jika dia menghisap air dengan hidung maka keluarlah dosa dari hidungnya, jika ia membasuh muka kelaurlah dosa dari mukanya dan keluar dari kelopak matanya, manakala ia membasuh kedua tangannya maka keluarlah dosa dari kedua tangannya hingga dari bawah kuku-kukunya, manakala ia mengusap kepalanya dan manakala ia mebasuh kedua kakinya maka keluarlah dosanya dari kedua kakinya serta di bawah kuku kakinya. Kemudian mendapat pahala berjalan kemasjid dan solah sunnat” .
Begitulah kesan wudhu kepada tuannya, cubalah bayangkan sekiranya kita berwudhu sekurang-kurangnya 5 kali sehari maka dosa-dosa akan keluar dan mengalir mengikut titisan-titisan air wudhu. Umpamanya orang yang mandi sekurang-kurangnya 5 kali sehari maka tiada lagi kekotoran yang melekat padanya. Begitu juga kesan wudhu kepada tuannya.
Allah SWT berkata kepada Musa as :
“Wahai Musa, jika engkau takut kepada penguasa maka berwudhulah dan perintahkanlah keluargamu agar berwudhu. Barang siapa berwudhu maka ia dalam penjagaan-Ku”
Begitulah janji Allah kepada manusia agar sentiasa berwudhu. Sekirannya para pelajar takut kepada gagal dalam peperiksaan maka berwudhulah dan kemudian berdoa untuk meminta allah mempermudahkan ilmu yang kita pelajari agar muda di fahami. Insyaalah akan jauh daripada gagal dalam peperiksaan. Wallahu a’lam...
Bagaimana wuduk dapat membantu meningkatkan ingatan pelajar.
Dicatat oleh acrafai on Selasa, 5 Oktober 2010
Langgan:
Catatan (Atom)