1. melihat perkara-perkara yang haram.
2. Melancap.
3. Membuang air semasa memberus gigi.
4. Tidak membaca Al-quran.
5. Meminum atau memakan makan yang bercampur dengan semut.
6. Mengumpat dan Mengata.
7. Asyik bercinta-cinta (bukan cara islam).
8. Terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan.
9. Sentiasa dalam keadaan keluh kesah.
Bagaimana nak menjadi manusia bijak.
Satu ketika dulu aku diberitahu oleh sahabatku bahawa orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang paling bijak. Orang yang mengingati mati tentu akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal soleh untuk menghadap Sang Pencipta selagi masih hidup. Kita tidak tahu bila, di mana, dan bagaimana cara kita meninggalkan dunia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku tertarik dengan perkataan bijaksana yang sering diguna pakai dalam penulisan, ucapan-ucapan, dan perbualan harian manusia dihari ini. Aku terfikir, kenapakah kita mengelar orang yang bijak dengan perkataan bijaksana, kenapa tidak digelar sahaja dengan panggilan bijaksini, em.. memang tak sedap bunyinya jika dipanggil dengan gelaran "bijaksini". Tak mengapalah, sebenarnya yang menarik perhatianku ialah tujuan dan maksud tersirat penggunaan perkataan bijaksana itu.
Aku terfikir... mengapakah orang tua-tua dahulu meletakkan tambahan perkataan "sana" sebagai perkataan penuh bagi bijaksana.
BIJAK + SANA
Aku ada seorang adik, dia seorang yang keras pendirian, seorang yang suka menuntut ilmu, khususnya ilmu Agama. Sebelum ini, hubunganku dengan adikku tidak semesra sekarang, boleh dikatakan agak dingin, mempunyai cara hidup yang berbeza, walaupun tinggal sebumbung tetapi jarang bersua muka. Hal ini terjadi kerana tabiat hidupku sebelum ini yang suka menghabiskan masa menonton filem, bermain video game, adakalanya sampai tak tidur malam melayan permainan video. Dan adikku pula... biasala, orang muda yang selalu keluar hingga lewat malam.
Alhamdulillah, sekarang ini semua itu dah berubah, adikku yang dahulunya seorang yang boleh dikatakan budak liar, kini menjadi teman rapatku (boleh dikatakanla) dan juga menjadi penasihat kepada diriku khususnya dalam mendidik jiwaku dalam perjalanan hidup yang singkat ini menuju ke arah kematian, melenyapkan ketuanan diri dan menyerahkan hak kepada yang Berhak.
Berbalik kepada perkataan bijaksana. "sana" didalam perkataan bijaksana itu merujuk kepada arah dan matlamat hidup kita, dan arah yang dimaksudkan disini ialah hidup sesudah mati. em.. mungkin sebab itu orang tua-tua sebelum kita menyebut dengan perkataan bijaksana, bukannya bijaksini, iaitu bijak yang sebenar adalah sentiasa memandang dan bersedia untuk menghadapi kehidupan dimasa yang akan datang, khususnya kehidupan setelah mati.
em.. bagusnya fikiran yang lalu pada orang tua-tua dahulu.
Fikiran sentiasa mengingati kematian ini sebenarnya memberi kekuatan kepada manusia untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan, menghargai masa yang singkat yang dilalukan oleh Tuhan kepada kita. Jika di pandang dari sudut yang positif maka kita akan mendapat banyak manafaat daripada perkara ini, jiwa kita menjadi lebih tenang, fokus kita lebih tajam, keinginan untuk melakukan kejahatan akan lenyap. Dan pada masa itu jiwa kita yang lesu akan bangkit dan bertenaga, apabila jiwa menjadi kuat maka perjalanan hidup yang berliku akan mudah kita hadapi. Keinginan untuk menuntut ilmu juga menjadi semakin kuat, sifat diri yang sebelum ini malas akan bertukar menjadi rajin, setiap pekerjaan yang dilakukan akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana keinginan untuk melakukan yang terbaik itu telah menjadi satu keutamaan.
Kematian itu adalah pasti, janganlah kita kecewa dengan hidup dan mengharapkan cepatnya kematian. Sebaliknya manafaatkanlah umur ini dengan sebaiknya sebagai bekal menghadapi kematian.
Oleh itu, jika anda mahu menjadi seorang yang bijak, maka jadilah orang yang bijaksana, bukan bijaksini. Kerana bijaksana itu sentiasa memandang jauh kehadapan.
Wallahua'lam.
1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.
Wallahua'lam.
Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn
TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )
2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
-Saya juga merasa kesukaran bile tpakse guna alat2 utk org tgn kanan mcm pengupas kulit kentang..jadi mcm terbalik bile saya pegang..ni kat rumah mak saya guna jenis ni..mmg saya takleh guna..bile guna je..jadi terbalik…kalau guna mesti tgn luka …jd bab2 mengupas kulit tu mak saya buat le..hehe. Tapi kat rumah ni guna yg org kidal pun boleh guna la.
-Lagi satu masa kuliah dulu kan selalu la ade meja yg sekali kerusi tu..tertekan betul bile kena duduk kerusi mcm tu..sbb kena pusingkan badan..kalau tak mmg takleh nk menulis.
-Bab guna mouse ok je saya..sbb dr awal lagi saya practise guna tgn kanan..Kalau guna gunting,pisau,pegang sudu semua kiri.Mak saya kata..org kidal ni kalau potong benda makanan bersih le..sebab dia pegang pisau tgn kiri..makanan tu dia pegang tgn kanan..haha. Kalau mkn guna tgn mmg guna tgn kanan..cuma bile guna sudu..automatik tgn kiri..takleh guna kanan..mcm takleh nk mkn..practise byk kali dulu..tp mmg takleh..sama la kami adik beradik. Pernah dulu masa kat kenduri..ade makcik tu tegur..apsal mkn tgn kiri ni (pakai sudu ni)…huhu..bukan takmo mkn tgn kanan..tp takleh tau tak..(samela mcm org tgn kanan kite suruh guna tgn kiri)
-Dulu pernah suruh mak ajar saya mengait. Tapi mak guna tgn kanan,saya pulak tgn kiri.Jadi org nk mengajar pun payah..jadi mcm terbalik..Last2 saya dh malas nk belajar mengait..haha.Kalau nk belajar kena pakai buku kot hehe. Bila mak saya ajar cara2 kelim karipap tu pun..dia mula dr kanan ke kiri.Saya pulak buat terbalik,dari kiri ke kanan..hahaha…
2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
“Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:
a) Teknologi Maklumat
Bill Gates
b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci
c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal
d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)
Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.
Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.
Makan tangan kiri
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.
Wallahualam.
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada?tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak?rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti?Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi?pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja?Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau?asaprokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat?disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri??
Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia??Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman?Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan?cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah?saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang?5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!?
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Satu kajian dijalankan oleh penyelidik-penyelidik di Baylor College of Medicine dan anjuran (tidak mengejutkan) Sains Wrigley Institue telah membuktikan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan skor matematik.
Kita benar-benar tahu bahawa gula-gula getah boleh digunakan untuk membantu mereka inginkan untuk berhenti merokok, mengurangkan kebimbangan, mengurangkan kerosakan gigi (getah tanpa gula), tetapi meningkatkan skor matematik ?
Kajian itu termasuk 108 orang pelajar, 52 orang gadis dan 56 orang budak lelaki, berumur 13 hingga 16. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang sama mengunyah ’sugarfree gum’ semasa kelas matematik, kerja rumah matematik dan ujian matematik, atau bukan. Selepas 14 minggu, semua pelajar-pelajar itu mengambil satu matematik ujian.
Mereka yang telah mengunyah gula-gula getah menunjukkan 3% meningkat dalam skor mereka, manakala gred-gred akhir mereka juga �nyata sekali lebih baik� daripada tidak mengunyah gula-gula getah.
Pemimpin kajian, Craig Johnston, PhD, seorang pengajar pediatrik pemakanan di Baylor College of Medicine, berkata:
“Beberapa penyelidik mendapati satu petunjuk bahawa tahap tekanan (stress) menjadi kepada tumpuan dan fokus yang lebih baik, yang boleh menjelaskan hubungan antara mengunyah getah dan meningkatkan daya fokus dan tumpuan.�
Okay, mungkin ini adalah rahsia yang ingin diketahui oleh semua calon SPM yang sedang belajar mata pelajaran elektif prinsip perakaunan. Tetapi ia bukanlah rahsia besar, ia adalah rahsia yang sebenarnya bukan rahsia. Majoriti guru telah memperkatakannya berulang-ulang kali sepanjang karier kami. Namun sebilangan besar pelajar akan abaikan tips-tips sebegini sehingga ke saat-saat akhir. Demi anda semua, sifu senaraikan di sini untuk disimpan dan dibaca berulang kali oleh semua calon.
TETAPI PERLU DIINGAT, tips ini mungkin hanya sah untuk SPM 2009 sahaja. Jika sistem gred diubahsuai seperti yang sedang dipertimbangkan oleh KPM (diumumkan melalui media massa) sebelum ini, maka tips ini MUNGKIN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN LAGI.
Kertas peperiksaan Prinsip Perakaunan (PAK) ada dua, kertas 1 dengan 40 markah dan kertas 2 dengan 80 markah. Jumlah markah ialah 120 markah. Penentuan gred akan ditentukan selepas markah kedua-dua kertas itu ditambah dan dibahagikan dengan 120 untuk mendapat nilai dalam sebutan peratusan. Ini menjadikan nilai setiap 1 markah bersamaan dengan 0.833 %, atau untuk mendapat 1%, pelajar mesti mendapat markah betul sebanyak 1.200 markah.
Kenapa perlu sifu sebut perkara ini? Sebenarnya untuk menegaskan bahawa untuk lulus 40% (CONTOH SAHAJA – markah lulus boleh jadi apa sahaja, rendah atau tinggi ), maka pelajar mesti memperoleh 48 markah yang jelas sekali tak akan cukup untuk hanya dapat 100% betul dalam kertas 1 (40 soalan = 40 markah). Mahu atau tidak calon SPM mesti menjawab dan mendapat markah dalam kertas 2 juga.
Okay, tips sifu bermula di sini. Tips sifu dibahagikan kepada 3 seksyen, mengikut tahap kesesuaian pelajar. INGAT INI ADALAH TIPS, TAK SEMESTINYA BETUL DAN WAJIB DIIKUTI.
-
SEKSYEN SATU : CIPTA LULUS PRINSIP PERAKAUNAN DALAM SPM
Sekseyen ini khas untuk calon SPM yang dah hampir putus asa ataupun yang dah putus asa dan merasakan mereka kekurangan masa untuk ulang kaji. Adik-adik (atau anak-anak), sebenarnya anda masih boleh membantu diri anda dan mungkin ‘maruah atau harga diri’ anda. JANGAN GAGAL DALAM AKAUN adalah satu anugerah cukup besar untuk diri anda sendiri. Tapi ingat, tips ini HANYA SESUAI untuk pelajar yang dah giveup dan hanya nak lulus. hal ehwal LCCI tu dah tak perlu lagi difikirkan. Jadi bagaimana nak pastikan anda lulus?
1.Tetapkan dihati anda nak sekurang-kurangnya 40%. jangan peduli atau cuba mencari jawapan betulkah markah lulus 5%? Jawapannya, MUSTAHIL!!! Markah lulus umum ialah 40% dan kita akan fokus ke sana. “Tapi sifu, saya dengar markah lulus 25% sahaja, betulkah?”. Sifu akan jawap, “Kita fokus kepada 40% sahaja. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam.”
2.Fokus kepada kemahiran menjawab soalan 1 dalam kertas 2 sahaja. Markah yang disediakan ialah 27-29 markah, atau jika sifu terjemah dalam sebutan peratusan, bersamaan dengan 22.5 – 24.17 %. Berdasarkan pengalaman sifu, kebanyakan pelajar sederhana mampu mencapai markah 20-25 markah dengan beberapa kesilapan di bahagian lejar dan imbangan duga. Jika anda juga sebegitu, anda sudahpun memperoleh 16.67% – 20.83%.
3.Fokus kepada kemahiran menjawab soalan objektif dalam kertas 1. Umumnya anda hanya perlu memperolehi sekurang-kurangnya 20% lagi dari kertas 1, atau jika sifu terjemahkan dalam konteks bilangan soalan WAJIB BETUL, mesti betul sekurang-kurangnya 24 soalan. Untuk itu, pelajar mesti fokus kepada semua topik tingkatan empat dan mungkin 1/2 daripada silibus tingkatan lima. Secara kasarnya, pelajar sederhana bolehlah menganggap 2/5 daripada objektif adalah berpaksikan kepada soalan teori (atau pengetahuan semata-mata), 2/5 boleh dikatakan melibatkan penghitungan melibatkan debit dan kredit atau kemahiran tertentu. 1/5 lagi adalah soalan aras tinggi. Oleh itu, ketika mengulang kaji demi untuk kekuatan menjawab soalan kertas 1, fokus kepada soalan-soalan yang menguji pengetahuan anda dahulu. Dengan kata lain soalan ARAS MUDAH. Selain boleh membantu meningkatkan MOTIVASI KENDIRI anda, sifu percaya dengan teknik latih tubi berterusan akan mampu membantu anda mengingat banyak fakta atau teori yang berkaitan.
4.Fokus kepada kedua-dua perkara di atas terlebih dahulu. Lebih baik lagi anda memujuk bantuan rakan dan guru untuk menjadikan anda selalu markah penuh (jawapan tepat 100%) untuk soalan 1 yang sebenarnya hanyalah menguji kemahiran asas SIMPAN KIRA. Bayangkan anda berjaya MENJANJIKAN 27-29 MARKAH UNTUK DIRI ANDA di tambah dengan markah objektif. LULUS PENUH di tangan anda!
5.Okay, dah puas hati? Baguslah. Teruskan usaha jangan leka. Teruskan latih tubi tanpa berhenti-henti untuk S1 kertas 2 dan Objektif Kertas 1 sahaja. Senangkan nak lulus. Senyum selalu.
-
SEKSYEN DUA : DARI LULUS NAK CAPAI GRED KEPUJIAN (CREDIT : 3B – 6C)
Katakanlah anda dah berjaya meningkatkan kemahiran Soalan 1 dan cikgu dah mula memuji anda. Apa yang harus anda lakukan? Terus belajar atau tukar strategi. Saya dah dapat MELULUSKAN DIRI, apa salahnya jika saya cuba mencapai gred lebih baik. Jika itu attitude baru anda. Anda layak baca SEKSYEN DUA INI. Tahniah.
Jika anda dah nampak cahaya kebenaran (eheheh) betapa ANDA SEBENARNYA mampu lebih jauh, apa salahnya anda mula mensasarkan nilai gred tinggi. Aim higher, kata orang putih. Jika tadi setakat nak lulus, okay sifu dah bagi tips. Mustahil anda akan gagal dalam SPM, jika anda memperolehi markah sedemikian, ditambah lagi markah kertas 1. Tak mustahil juga, anda akan termasuk dalam kumpulan 5C atau 6C. So, lakukan dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, tetapi konsisten kepada apa yang sifu nasihatkan.
1.Fokus kepada soalan 2. Mahirkan kepada FORMAT PENYATA PENDAPATAN. Mulakan dengan asas format itu. Berlatih dahulu dengan soalan-soalan TANPA PELARASAN untuk membiasakan dengan FORMAT ASAS atau sifu kerap panggil “skeletal structure”. Asasnya Penyata Pendapatan ada 4 bahagian; HASIL JUALAN, KOS JUALAN, HASIL LAIN-LAIN, dan BELANJA LAIN-LAIN. Itu asasnya. Guru anda pasti boleh membantu.
2.Bila dah HAFAL susunan ITEM dalam penyata pendapatan itu, barulah berlatih dengan soalan yang ada pelarasan untuk milikan tunggal. Jika dah mahir barulah berlatih soalan berkaitan perniagaan perkongsian pula kerana penyata pendapatan perkongsian mempunyai penghujung tambahan iaitu selepas bahagian 4 (BELANJA LAIN-LAIN), ialah Pengasingan Untung Rugi. Nampak kompleks? Sebenarnya tidak sebegitu. Kesemua jenis perniagaan WAJIB menggunakan format asas laporan kewangan seperti penyata pendapatan milikan tunggal, walaupun dengan beberapa perubahan kecil, sesuai dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Sila rujuk soalan SPM 2008 untuk mengetahui bentuk soalan terkini yang diuji dalam Soalan 2 Kertas 2. Juga rujuk soalan SPM tahun-tahun sebelumnya untuk mengetahui tahap kesukaran pengujian yang disediakan dalam SPM.
3.Markah kertas 2 selalunya dalam julat 18-20 markah. Adalah terlalu berbaloi untuk dilepaskan. Kenapa sifu tak sarankan soalan lain yang lebih senang. Okay, sifu sarankan awak belajar Penyata penyesuaian bank juga. Mudah-mudahan ia akan disoal dalam soalan 4 atau soalan 5 atau soalan 6. Tetapi sifu tak boleh jamin soalan itu gerenti keluar tahun ini. Itulah masalahnya, sifu tak boleh mengagak apa yang akan keluar kerana sifu bukanlah penggubal soalan. Tetapi kita (guru dan pelajar) haruslah bertindak sebijak boleh. Dari pengalaman dan analisis yang diperolehi, soalan 2 seolah-olah ditetapkan untuk soalan berkaitan penyediaan laporan kewangan (penyatan pendapatan dan kunci kira-kira). Berdasarkan silibus, ada 4 bab yang boleh diuji untuk soalan 2, penyediaan laporan kewangan milikan tunggal sendiri (slim chances), laporan kewangan perkongsian (fair chance), laporan kewangan kelab dan persatuan (fair chance – SPM 2008 contoh terbaik untuk soalan ala LCCI), dan laporan kewangan untuk bab rekod tak lengkap.
4.Strategi yang mungkin anda boleh lakukan ialah bagaimana nak dapat 10 markah daripada 20 markah tadi. Memandangkan agihan markah telah diubah ala-LCCI untuk soalan 2 dan 3, maka sifu cuma boleh sarankan anda berlatih untuk jawapan terbaik dan harap yang terbaik.
5.Ingat, seksyen dua ini adalah untuk meningkatkan peluang dari hanya lulus 8E atau 7D ke 6C atau 5C atau 4B atau 3B. Selalunya nasib bertambah baik selaras dengan usaha anda.
6.Selain dari itu, sifu sarankan anda berlatih soalan berkaitan PELARASAN AKAUN-AKAUN yang diajar dalam tingkatan 4. Boleh jadi ia disoal dalam mana-mana soalan 4 hingga 6. Anda berlatih bagaimana nak sediakan akaun peruntukan hutang ragu, akaun hutang lapuk, dan sebagainya.
7.SOUNDS OKAY? I really hope so.
-
SEKSYEN TIGA : CIPTA KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN DALAM SPM
Ni yang ramai nak ni. Tapi sebenarnya nak capai gred 1A atau 2A tidak semudah bermain api. Petik saja mancis, maka api menyala, atau semudah hidupkan TV. Hidupkan elektrik dan tekan butang merah remote-control.
Ramai pelajar nak capai 1A tetapi tepi dengan niat tidak ingin berusaha lebih. Ada sebilangan pelajar, jika boleh, mereka cuma belajar 1 jam seminggu sepanjang dua tahun, tiba-tiba dengan magik (atau penipuan atau manipulasi teknologi), mereka dapat jawapan soalan dan LPM akan anugerahkan mereka gred 1A!!! Tahniah jika anda dapat dengan kaedah begitu. Tak tahulah kaedah itu dianggap ‘halal’ atau tidak. Hmmm.
Tips di sini adalah khas untuk calon yang ingin berjaya melalui usaha secara bijak (smart-learning with strategic planning) tanpa ada niat nak menipu atau mengharapkan magik atau gred berubah. Sifu nak betulkan balik pemikiran pelajar. Fokus kepada markah serendah 80%. Jika markah 1A lebih rendah dari itu, syukurlah. Jika markah gred lebih tinggi dari itu, sekurang-kurangnya anda akan dapat 2A. “Untuk sabut timbul, untung batu tenggelam.”
1.Fokus kepada soalan yang markah besar. Soalan 1 contohnya, kerap menyediakan 27-29 markah, manakala soalan 2 pula disediakan 18-20 markah. Jika anda dapat menguasai kedua-duanya, maka anda memiliki tidak kurang dari 45 markah atau bersamaan dengan 37.50 %. Itu baru 2 soalan. Anda hanya perlukan 42.5% sahaja lagi.
2.Fokus kepada soalan yang telah disenaraikan sebagai ‘ANCHOR QUESTION’ untuk memastikan anda mendapat cemerlang dan sijil LCCI sekaligus. Perlu diingatkan semula bahawa soalan 2 dan soalan 3 akan disemak dengan agihan markah ala-LCCI. Difahamkan bahawa pentaksiran tersebut akan dibuat oleh wakil LCCI dan diberikan gred sepatutnya. Kepada pelajar cemerlang atau nak cemerlang, anda sepatutnya melihat perkara ini sebagai peluang.
a. peluang untuk mengehadkan bilangan bab yang perlu diulang kaji
b. peluang mendapat pengiktirafan pihak selain LPM KPM iaitu LCCI dengan bukti sijil yang bernilai untuk anda meneruskan cita-cita menjadi akauntan melalui program profesional LCCI
3.Soalan 3 selalunya dalam julat markah 12 – 15 markah. Oleh itu gunakan peluang tersebut. Apakah bab yang ditanya? Sekali lagi sifu nak tegaskan di sini, fokus kepada soalan ‘Anchor Question’
4.mengikut kefahaman sifu tentang prosedur baru penyediaan soalan kertas 2 prinsip perakaunan, soalan 4 hingga 6 adalah apa-apa soalan dari bab yang BUKAN SOALAN ‘ANCHOR’. Ini sekaligus memudahkan guru dan pelajar meneka/meramal bab-bab yang mungkin diuji. Juga sifu percaya soalan 4 hingga 6 akan lebih mudah atau bolehlah dikatakan kurang mencabar.
5.Okay, andaikan anda nak fokus kepada soalan 1, 2 dan 3 semata-mata, adakah anda boleh mencapai gred 1A? Jika anda dapat pastikan jawapan anda betul 100%, maka sifu bolehlah katakan, “Sudah tentu boleh.” Anda mampu mencapai 50% (60 markah total tiga soalan). Dengan adanya kertas 1 dan dengan andaian anda mampu menjawab 36 soalan (36 markah = 30%). Tetapi sifu percaya tak semua pelajar mampu melakukannya.
6.Dengan itu, sifu sarankan anda mesti bersedia untuk menjawab soalan 4 dan mana-mana soalan bahagian B untuk membolehkan peluang mendapat 1A lebih mudah lagi. Sekurang-kurangnya anda boleh berbangga dengan usaha anda kerana anda lebih mengenali dan layak mengiktiraf diri anda sendiri.
7.Apa ganjaran usaha anda? Jika gred 1A itu lebih rendah dari 1A, maka anda pastilah pelajar 1A. Jika gred 1A memang 80%, maka hanya capai 75% contohnya, maka anda masih mendapat 2A. Itu lebih baik dari tak ada A langsung.
-
AKHIR KATA
Ingatlah subjek Prinsip Perakaunan ini adalah subjek persediaan (pengenalan) untuk ilmu berkaitan kerjaya profesional oleh itu SEPATUTNYA jika pelajar itu dapat gred 1A contohnya, sepatutnya IA SEMEMANGNYA mahir simpan kira dan mengetahui beberapa asas perakaunan seperti penyediaan akaun perniagaan perkongsian dan kemahiran seperti penyediaan penyata penyesuaian bank (akan disediakan setiap bulan oleh kerani akaun atau pegawai akaun itu sendiri) dan penyata aliran tunai.
Setiap guru Prinsip Perakaunan mengharapkan pelajar mereka benar-benar menguasainya bukan hanya menghafalnya
Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah.
Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah )
Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri.
1. KEPENTINGAN NILAI MURNI
Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang
lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan
kemajuan yang pesat
Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti
yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.
Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup
dalam keadaan aman dan harmonis.
Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh
pelancong asing/ masyarakat dunia.
Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara
rasional dalam menyelesaikan masalah
2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri
buah-buahan.
Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.
Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.
Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman
keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.
Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha
yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .
3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL
Kebaikan
Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun
(menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).
Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian
secara manual.
Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.
Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.
Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll
mengikut keperluan pengusahanya.
Keburukan
Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah)
kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak
yang berharga.
Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.
Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana
menggunakan peralatan lama/tradisional.
Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang
terhad.
Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima
perubahan.
4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL
Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan
dan habitat haiwan) musnah.
Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.
Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.
Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan
di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).
Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak
terhad)
Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin
panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.
Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun
terjejas.
5. PERANAN LEBUH RAYA
Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh
lampu isyarat)
Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol
Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala,
tempat rehat dan solat serta lain-lain.
Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur
keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).
Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk
pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan
Lepas ke Kuala Lumpur.
Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan
adanya kemudahan perhubungan.
6. TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA
Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang
perancangan.
Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih
daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang
kekerapan untuk ke kedai.
Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali
seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.
Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada
20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah
daripada kedai runcit.
Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.
Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi
membeli-belah.
Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih
banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.
Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada
tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.
Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli
terlebih dahulu sebelum membelinya
7. POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.
Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang
padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.
Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi,
jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan
Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri
Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai dan mengadakan
persidangan antarabangsa
Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN
Tahun Melawat Malaysia 2007
Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat
Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur
asing
Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk
Citrawarna.
Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong
Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.
8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA
Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan
Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan
diri sendiri.
Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah
Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah
Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah
Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan
Keterampilan pemimpin pelajar
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik
Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun
Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas
Keceriaan sekolah diberi keutamaan
Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar
9. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN
Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani
Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa
dan bandar.
Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan
bekalan makanan
Meningkatkan eksport barangan makanan
Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara
Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini
Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi
Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan
pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik
Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik
Meningkatkan aplikasi teknologi moden
Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)
10. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan
mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
Tidak mengikut mana-mana model dari luar
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara
pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
pada 7 Julai 2003
Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
Pelaksanaan sejak tahun 2004.
Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan
ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta,
mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,
disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan,
kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam
kumpulan
Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas
pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta
serta pengorbanan para peserta program terhadap negara
Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina
karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti
dan negara.
11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM
Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam
semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup.
(pengekalan ekosistem)
Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan
Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan swasta
Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA
(Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan-
kerajaan negeri mulai 1 April 2001.
Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir
Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai
Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan
mengelakkan bahan cemaran toksid
Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.
Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam
sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.
Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar
udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang.
12. KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA
Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun.
Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
Tidak mengikut mana-mana model dari luar
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara
pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
pada 7 Julai 2003
Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
Pelaksanaan sejak tahun 2004.
Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan
ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta,
mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,
disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu
pasukan,kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam
kumpulan
Untuk persediaan terakhir, beberapa topik telah saya catat di bawah.
KARANGAN:
Dimensi Negara
-Pelancongan
-Perpaduan
- Khidmat Negara
Dimensi Global
- Pemanasan global
Dimensi Pendidikan
- Kecemerlangan pelajar/Sekolah
Dimensi Individu
- Hiburan dan Remaja
Dimensi Warisan
- Permainan Tradisional
KOMSAS
Cerpen
- Lambaian Malar Hijau
- Virus Zel untuk Abah
- Annyss Sophillea
Prosa Klasik
- Pertarungan Tuah dengan Jebat
Sajak
- Anak Laut
- Jalan-jalan Raya Kotaku
KAJIAN NOVEL
- Kritikan Sosial/Masyarakat
- Kepincangan Masyarakat
- Kepentingan Gaya Bahasa/Teknik Penceritaan
- Jenis-jenis watak - watak bulat; watak bundar;watak pipih
- Teknik penceritaan - saspens; kejutan; monolog dalaman, dsb
- Nilai tanggungjawab (2 novel)
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
Membina Ayat
- Kata ganda (sajak/berimbuhan)
Menukarkan Ayat
- Ayat biasa kepada ayat songsang
- Ayat cakap ajak kepada ayat cakap pindah
- Ayat majmuk (gabungan; pancangan; campuran)
Menganalisis Ayat
- Golongan Kata
Selamat Maju Jaya!
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang strategi-strategi bagi memajukan industri pelancongan negara dan matlamatnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Seiring dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk merealisasikan Wawasan 2020, pelancongan menjadi agenda utama negara. Pembangunan yang begitu pesat ini menjadi kemegahan bagi sesebuah negara maju. Kemajuan industri pelancongan ternyata mempunyai masa depan yang cerah kerana banyak usaha yang boleh dirancang bagi membangunkan industri ini. Kita berasa amat bersyukur kerana Malaysia sebuah negara yang indah dan kaya dengan destinasi pelancongan mampu menjadi daya tarikan pelancong, antaranya termasuklah Pulau Tioman, Pulau Langkawi, dan Pulau Redang. zSeperti yang kita sedia maklum, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah efektif untuk memajukan industri pelancongan dengan mewujudkan kementerian khusus yang mengendalikan sektor pelancongan, iaitu Kementerian Pelancongan.
Bagi menarik minat pelancong, kerajaan dengan kerjasama pihak swasta membaik pulih dan menambah infrastruktur di destinasi-destinasi pelancongan. Contohnya, perkhidmatan pengangkutan udara, hotel-hotel, tempat penginapan, dan kemudahan asas telah disediakan dengan baik dan teliti. Namun, kita berasa kesal apabila mendapati sesetengah pengusaha hotel menaikkan kadar sewa sewenang-wenangnya sehinggakan mengurangkan minat pelancong asing untuk melawat ke Malaysia dalam tempoh yang lama. Di samping itu, pihak kerajaan memastikan flora dan fauna dimajukan dan dikekalkan bagi memajukan ekopelancongan dalam jangka masa panjang. Hutan-¬hutan tropika di negara kita meliputi dua per tiga daripada keluasan peta Malaysia. Kerajaan tidak menolak pembangunan. Oleh sebab itu, beberapa buah kawasan hutan telah diwartakan sebagai Taman Negara, yang bukan sahaja berfaedah bagi rakyat tempatan, tetapi berfaedah untuk industri pelancongan.
Selain itu, taraf hidup penduduk di kawasan tumpuan pelancong telah ditingkatkan dengan memberikan sumbangan wang dan khidmat nasihat kepada mereka. Hal ini demikian kerena kajian menunjukkan kemusnahan alam sekitar berpunca daripada kedaifan penduduk setempat yang mengamalkan cara hidup yang konservatif. Media massa seperti televisyen dan Internet merupakan wahana yang dapat mempergiat industri pelancongan di Malaysia kerana peranannya sebagai propaganda untuk mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan di Malaysia. Karnival pelancongan turut dianjurkan dari semasa ke semasa bagi memberikan penerangan kepada pelancong asing supaya lebih memahami dan menghayati budaya dan adat resam setempat. Langkah ini penting bagi menghapuskan jurang perbezaan dan seterusnya melahirkan persefahaman antara pelawat dengan penduduk setempat.
Secara keseluruhannya, semua rakyat Malaysia perlu bersama-sama menggembleng tenaga bagi memberikan gambaran dan imej yang baik kepada pelancong asing. Hanya dengan itulah negara kita akan terus menjurus ke arah kemajuan dengan faedahnya dinikmati oleh penduduk setempat selain menyajikan kepuasan kepada pelancong. Sikap sesetengah masyarakat yang hanya menjadi penonton, dengan tidak mahu turut serta dalam menggiatkan industri ini perlulah dikikis.
Malah ada yang beranggapan negatif dengan mengatakan kedatangan pelacong boleh membobrokkan budaya rakyat tempatan. Apa-apa juga alasan yang diberikan, kita mempunyai keyakinan bahawa industri pelancongan perlu dimajukan. Sesungguhnya langkah kerajaan mengadakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 pasti akan merancakkan industri pelancongan negara lagi.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Langkah-langkah Membangunkan Industri Pelancongan di Malaysia’,
Dewan Siswa, Januari 2007)
BEDAH SIASAT JAWAPAN PELAJAR
SOALAN 1: RINGKASAN
1.0 Pendahuluan
Jawapan Pelajar:
Petikan membincang tentang strategi-strategi untuk memajukan industri perlancongan negara dan matlamatnya. [1m]
PENDAHULUAN
= PETIKAN INI MENYATAKAN + TUGASAN TERSURAT + TEMA PETIKAN
Petikan menyatakan usaha-usaha yang dijalankan demi merancakkan industri pelancongan negara. [2m]
2.0 Isi tersurat (strategi-strategi):
ISI TERSURAT = SUBJEK + UNSUR 1 + UNSUR 2
2.1 Seperti yang kita sedia maklum, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah efektif untuk memajukan industri pelancongan dengan mewujudkan kementerian khusus yang mengendalikan sektor pelancongan, iaitu Kementerian Pelancongan.
Skema Jawapan:
Kerajaan | mewujudkan Kementerian Pelancongan | untuk mengendalikan sektor pelancongan. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Kementerian khusus kerajaan wujudkan untuk memajukan industri pelancongan. [0m]
2.2 Bagi menarik minat pelancong, kerajaan dengan kerjasama pihak swasta membaik pulih dan menambah infrastruktur di destinasi-destinasi pelancongan.
Skema Jawapan:
Kerajaan dan pihak swasta | membaik pulih dan menambah infrastruktur | di destinasi-destinasi pelancongan. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Kerajaan dengan kerjasama pihak swasta perlu membaik pulih dan menambah infrastruktur di destinasi-destinasi pelancongan. [0m]
2.3 Di samping itu, pihak kerajaan memastikan flora dan fauna dimajukan dan dikekalkan bagi memajukan ekopelancongan dalam jangka masa panjang
Skema Jawapan:
Kerajaan | memastikan flora dan fauna dimajukan dan dikekalkan | demi memajukan ekopelancongan. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Flora dan fauna dimajukan dan dikekalkan. [1m]
2.4 Oleh sebab itu, beberapa buah kawasan hutan telah diwartakan sebagai Taman Negara, yang bukan sahaja berfaedah bagi rakyat tempatan, tetapi berfaedah untuk industri pelancongan.
Skema Jawapan:
Kawasan hutan | telah diwartakan | sebagai Taman Negara. [2m]]
Kepincangan Jawapan Pelajar
Demi faedah rakyat tempatan dan industri pelancongan, kerajaan telah mewartakan beberapa buah kawasan hutan sebagai Taman Negara. [2m]
2.5 Selain itu, taraf hidup penduduk di kawasan tumpuan pelancong telah ditingkatkan
dengan memberikan sumbangan wang dan khidmat nasihat kepada mereka.
Skema Jawapan:
Taraf kehidupan penduduk | di kawasan tumpuan pelancong | telah ditingkatkan. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Sumbangan wang dan khidmat nasihat diberikan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. [0m]
2.6 Media massa seperti televisyen dan Internet merupakan wahana yang dapat mempergiat industri pelancongan di Malaysia kerana peranannya sebagai propaganda untuk mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan di Malaysia.
Skema Jawapan:
Media massa | mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan | di Malaysia. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Media massa merupakan wahana yang dapat mempergiat industri pelancongan di Malaysia kerana peranannya sebagai propaganda untuk mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan di Malaysia. [2m]
2.7 Karnival pelancongan turut dianjurkan dari semasa ke semasa bagi memberikan penerangan kepada pelancong asing supaya lebih memahami dan menghayati budaya dan adat resam setempat.
Skema Jawapan:
Karnival pelancongan | turut dianjurkan dari semasa ke semasa | untuk penerangan kepada pelancong asing. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Pameran pelancongan turut diadakan dari semasa ke semasa. [1m]
2.9 Secara keseluruhannya, semua rakyat Malaysia perlu bersama-sama menggembleng tenaga bagi memberikan gambaran dan imej yang baik kepada pelancong asing.
Skema Jawapan:
Rakyat | peru bekerjasama untuk memberikan gambaran dan imej yang baik | kepada pelancong asing. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Semua rakyat Malaysia perlu bersama-sama menggembleng tenaga bagi memberikan gambaran dan imej yang baik kepada pelancong asing. [2m]
2.9.1 Sesungguhnya langkah kerajaan mengadakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 pasti akan merancakkan industri pelancongan negara lagi.
Skema Jawapan:
Kerajaan | mengadakan Kempen Tahun Melawat Malaysia | demi merancakkan industri ini lagi. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Sesungguhnya langkah kerajaan mengadakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 pasti akan merancakkan industri pelancongan negara lagi.
2.0 Isi tersirat (matlamatnya):
ISI TERSIRAT = SUBJEK + UNSUR 1 + UNSUR 2
Skema Jawapan:
3.1 Kerajaan | menjana pendapatan untuk negara | menerusi kemasukan pelancong asing. [2m]
3.2 Industri ini | dapat mengurangkan kadar pengangguran | dengan mewujudkan peluang pekerjaan. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Antara matlamatnya ialah demi memperbanyakkan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat. [2m] Selain itu, industri pelancongan dapat memperkenalkan budaya rakyat tempat kepada pelancong asing. [0m]
3.0 Penutup:
PENUTUP = CADANGAN + AGAR/SUPAYA + HARAPAN
Skema Jawapan:
Kita perlu menyambut baik usaha kerajaan menggalakkan industri pelancongan | agar dapat memantapkan ekonomi negara. [2m]
Kepincangan Jawapan Pelajar:
Contoh 1:
Kesimpulannya, industri pelancongan merupakan salah satu sektor yang berkemampuan. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagi memajukan sektor tersebut. Dengan ini, nama Malaysia akan diketahui pada mata dunia. [0m]
Contoh 2:
Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk memajukan industri pelancongan agar menyumbangkan pendapatan kepada ekonomi negara. [0m]
JAWAPAN LENGKAP
Petikan menyatakan usaha-usaha yang dijalankan demi merancakkan industri pelancongan negara.
Kerajaan mewujudkan Kementerian Pelancongan untuk mengendalikan sektor pelancongan. Kerajaan dan pihak swasta membaik pulih dan menambah infrastruktur di destinasi-destinasi pelancongan. Kerajaan memastikan flora dan fauna dimajukan dan dikekalkan demi memajukan ekopelancongan. Media massa pula mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan di Malaysia. Karnival pelancongan turut dianjurkan dari semasa ke semasa untuk penerangan kepada pelancong asing. Kerajaan mengadakan Kempen Tahun Melawat Malaysia demi merancakkan industri ini lagi.
Kerajaan bermatlamat untuk menjana pendapatan demi negara menerusi kemasukan pelancong asing. Kerajaan juga bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran dengan mewujudkan peluang pekerjaan.
Oleh itu, kita perlu menyambut baik usaha kerajaan menggalakkan industri pelancongan agar dapat memantapkan ekonomi negara.
[112 patah perkataan]
BAB TOPIK
T4 BAB 3 Kerajaan Agraria / Pengaruh Hindu dan Buddha dalam
kesenian dan kesasteraan.
T4 BAB 5 Hijrah dan Piagam Madinah
T4 BAB 6 Kerajaan Bani Umaiyah / Turki Uthmaniyah
T4 BAB 8 Sistem PerundanganSistem Pendidikan Formal / Tidak Formal
T4 BAB 9 Zaman Gelap / Penjelajahan
T5 BAB 1 Ciri-ciri Birokrasi Barat dan kesan
T5 BAB 2 Peranan akhbar / majalah dan novelPeranan Persatuan Melayu
T5 BAB 3 Cirri-ciri Negara / Bangsa dan Kesultanan Melayu Melaka
T5 BAB 5 Pakatan Murni
T5 BAB 7 Raja Berpelembagaan di LAmbang Negara
T5 BAB 9 Dasar Luar Malaysia / Pertubuhan Antarabangsa seperti NAM /
OIC
Nota: Soalan-soalan tidak ikut susunan.
PAPER 2
SECTION A
1. Empirical formula. (precaution, draw apparatus, observation, calculation).
2. Periodic table.
3. Carbon compound. (alkane, alkane, alcohol.)
4. Salt
5. Redox and electrolysis. (define term)
6. Soap and detergent (how to make soap, adv, disadvantage.)
7. Contact & Haber process.
8. Thermochemistry
SECTION B
1. How to make soluble / insoluble salt.
(Identity anion / cation.)
1. Rate of reaction. (catalyst, surface area, concentration.)
2. Bond (ionic , covalent)
3. Combination of (alloy ,glass, polymer) or
Rubber (polymer & vulcanisation)
a) Read the instructions of the examination paper carefully
You must follow the instructions given in the question paper closely.
Answer more questions than is required will not earn any additional
marks. The time you used to answer these additional questions
should instead be used to cheek the answer you have obtained
b) Read all questions carefully
For the section that you are given choices of questions, you must read all the questions so that you are able to make a wise choice. Otherwise, time would be wasted when you decide to answer another question only after you find the question you attempted is difficult
c)Read and follow the instructions given in the question closely.
Before you answer you must read and follow closely the instructions given in the question. Otherwise you will end up losing marks you deserve. Some commonly found instruction are given as follows
Use a graph paper
( found in topics such as Linear Law, Linear programming and statistics)
Draw a graph using the given data From the graph, find the value of x
( found in topics such as Linear Programming and linear law)
Solving by accurate drawing is not accepted
( found in topic such as coordinate Geometry )
Without using a calculator
( found in topics such as Indices and Logarithms and Trigonometry )
Use the time wisely
Time is precious in the examination. You should use the time wisely. You are given a specific duration of time to answer a specific number of questions. You must know the maximum length of time you can allocate to a particular question. Once you have exceed the time allocated and you still cannot answer the question, you should proceed to another question and re-do this questions, marks will not be awarded for correct answer if working are not shown.
80 MARKS ------ 120 MINUTES ( PAPER 1)
100 MARKS ------- 150 MINUTES ( Paper 2)
George (1970) melihat pemikiran satu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks.
Edward De Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran leteral yang membawa maksud bukan sahaja untuk penyelesaian masalah, malah juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
Rumusan Difinisi
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna pemahaman terhadap suatu konsep, menerangkan pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat perbandingan yang wajar bagi membuat keputusan dan penyelesaian masalah dan seterusnya membuat refleksi metakognitif terhadap proses yang dialami.
Budaya berfikir dapat di pupuk jika:
- KBKK diajar secara eksplisit; diaplikasikan oleh murid.
- KBKK di sepadukan dan di sebatikan dalam aktiviti P n P.
- KBKK di ajar bersama isi pelajaran.
- KKKK diguna untuk memikirkan tentang apa yang di pelajari.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kreatif
- Menjana idea
- Menghubung kait
- Membuat Inferens
- Meramal
- Menbuat hipotesis
- Meramalkan
- Mengitlak
- Membuat gambaran mental
- menganalogikan
- mencipta
Menakul
- Logik
- Rasional
Kritis
- Menciri
- Membanding dan membezakan
- Mengumpul dan mengkelaskan
- Membuat urutan
- Mengesan kecondongan
- Menilai
- Membuat keputusan
Strategi Berfikir
- Mengkonsepsikan
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan
10 Langkah Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris Anda
Dicatat oleh acrafai on Jumaat, 6 November 2009- Tontonlah filem inggeris. Bagi anda yang sangat lemah dalam bahasa inggeris, cuba mula menonton kartun terlebih dahulu. Kebanyakan ayat yang digunaka adalah ayat-ayat yang mudah dan memudahkan anda memahami cerita tersebut. Kemudian bolehlah anda beralih kepada filem-filem yang mempunya jalan cerita yang lebih kompleks dan cuba fahami cerita tersebut.
- Dengarlah dan hafalah lagu-lagu inggeris. Cuba sebut dengan betul disamping fahami maksud lagu yang hendak di sampaikan.
- Mula menulis blog dala bahasa inggeris. Latih diri anda menulis dalam bahasa inggeris. Mulakan dengan apa yang anda suka. Sekiranya anda adalah peminat filem inggeris mulakan dengan cerita yang anda sukai, pelakon yang anda minati dan cubalah terlibat dalam menulis forum.
- Sekiranya anda tidak berminat untuk menulis blog anda boleh memulakan dengan menulis surat kepada sahabat pena anda. Ia mungkin menyeronokkan apabila anda mempunyai sahabat daripada negara lain. sekiranya ia terlalu mahal untuk mengutus surat kepada sahabat pena anda di luar negara kenapa anda tidak menulis surat kepada sahabat anda di negeri lain. Cuba ketahui cerita menarik mereka dan berkongsi pendapatlah dengan mereka.
- Tulislah diari anda dalam bahasa inggeris. Tetapi pastikan anda menyimpan diari anda dengan baik.
- Berdampinglah dengan kamus. Pastikan disisi anda sentiasa ada kamus tak kira kamus oxford mahupun kamus mini. Sekiranya anda terjumpa perkataan yang anda tidak fahami maksudnya rujuklah segera jangan biarkan sehingga anda terlupa untuk mengetahui maksudnya.
- Cubalah bercakap dalam bahasa inggeris walaupun ia menyulitkan anda. Wujudkan zon-zon bahasa inggeris contohnya di kantin sekolah, di dewan atau hari berbahasa inggeris contohnya hari isnin.
- Tambahkan perbendaharaan kata bahasa inggeris anda setiap hari dengan menghafal sekurang-kurangnya 5 perkataan baru setiap hari.
- Mulakan dengan nama anggota badan anda dan kemudian di kawasan sekitar anda.
- Cubalah menyebut perkataan bahasa inggeris yang bunyinya hampir sama. Cuba bezakan cara menyebut di samping ketahui maksudnya.